Wednesday, December 17, 2008

RECIPE RENDANG PEDAS AYAM PERAK



Bahan-bahan:

1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300 ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara memasak:

Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi ayam tadi. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati. Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Friday, December 5, 2008

RECIPE ROTI ITALI

Bahan-bahan:
250 g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
150 ml air suam
25 ml olive oil
******
tepung
olive oil
garam

Cara membuat:

Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa. Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin. Canai dibiar jadi 25x35 cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat. Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya. Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.

sedap dimakan dengan garlic butter..

Thursday, December 4, 2008

RECIPE BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

80 g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
40 g butter
200 g
cream cheese
30 g gula halus
1 biji kulit lemon
4 sudu kecil madu
60 g plain yogurt
70 g fresh milk
12 g gelatin - cairkan dengan 3 sb air suam
125 g fresh cream
1 biji jus lemon
6 sudu besar jem blueberry
70 g blueberry fruit

Cara membuat:
1) Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.



2) Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.



3) Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.

4) Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.

5) Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.

6) Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.

7) Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.



8) Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.


9) Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.



10) Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya. Simpan dalam peti ais sehingga beku.


RECIPE KEK BATIK BISKUT MARIE


Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 sudu teh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250 g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara membuat:

Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

RECIPE BANANA MUFFIN


Bahan-bahan:

(6 biji)

** Bahan kering
250 g tepung gandum (diayak)
250 g pisang (yang dah masak & dilenyek)
160 g gula perang lembut
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam

** Bahan basah
175 ml minyak masak
175 ml susu cair
1 biji telur

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan kering ke dalam bekas adunan. Campurkan pula kesemua bahan basah ke dalam bekas yang berlainan. Pukul telur bersama minyak & susu cair hingga sebati.
Selepas itu, tuangkan bahan basah ke bahan kering. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas muffin. (Jangan isi full sangat tau!!! half jer...) Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.

RECIPE PUDING ROTI MILO


Bahan-bahan:

30 gm agar-agar
6 cawan air
4 keping roti putih gardenia
1 cawan gula- ikut suka
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin (375ml) susu cair carnation/ideal
1 cawan milo/drinking coklate

Cara membuat:

Rebus agar2 bersama air hingga mendidih. Masukkan gula, susu pekat manis & susu cair. Setelah mendidih bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian lagi di campur dengan milo. Pastikan serbuk milo sebati. Susun roti yg telah dipotong ke dlm loyang dan tuangkan milo terlebih dahulu (tapis ya..) Tekan roti supaya menyerap milo. Setelah beberapa minit, tuangkan susu pula..curah mcm buat corak. Sedap di makan setelah di sejukkan..SeLaMaT mEnCuBa!!

Wednesday, December 3, 2008

RECIPE ASAM BATANG KELADI


Bahan-bahan:

150 g ikan pari masin, dipotong dan rendam 30 minit
5 batang keladi minyak
2 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
3 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cawan ikan bilis, direndam*
1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
Daun kesum
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.

RECIPE PUDING HORLICK


Bahan-bahan:

sebungkus agar2 yg besar
6 cwn air
1 cawan gula halus
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

Masukkan agar2 dan air dlm periuk. Biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih. Dlm mangkuk, pukul telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td. Setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. Kacau perlahan. Akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. Bila sudah masak, tuang di dalam acuan dan letak di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Tuesday, December 2, 2008

RECIPE LASAGNA

Bahan-bahan:

300 g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 peket Cheddar cheese (115g)
1-2 cawan susu
Sedikit garam untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara membuat:

Panaskan oven 180 darjah C. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi) Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut).

aku penggemar lasagna...ble dpt resipi ni,rase mcm nak wat la..huhuhuhu..

RECIPE COFFEE MOUSSE


Bahan-bahan:

1 biji telur putih
2 sudu besar coffee pekat (ikut kesukaan)
120 ml fresh cream
40 g gula
8 g gelatin
3/4 cawan air panas

Cara membuat:

Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air, kemudian kacau. Dalam mangkuk lain, campurkan 2 sudu besar instant coffee (atau ikut kepekatan yg disukai) dengan 3/4 cwn air panas dan gula, kemudian kacaukan. Selepas itu, masukkan gelatin tadi. Kacau sampai gelatin hancur. Alaskan campuran coffee tadi dengan mangkuk yg ada ketulan ais + air . Kacau sehingga menjadi agak pekat. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream sehingga pekat. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran cofee tadi sambil dikacau dengan perlahan. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga kembang. Masukkan telur ini ke dalam campuran tadi sambil dikacau dengan perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan di dalam peti ais selama 40 minit.

RECIPE AIS BATU CAMPUR (ABC) SPECIAL


Bahan-bahan:

2 gelas penuh ais kiub
1 cawan dadih apa2 perasa (cincang sedikit)
1/4 biji epal hijau (buang kulit dan dadu kecil)
2 sudu besar cendol
2 sudu besar kacang merah (dlm tin)
10 biji kacang gajus yang dipanggang
Air gula warna merah secukupnya
Air gula perang secukupnya
2 sudu jagung 'cream style'
Susu pekat manis secukupnya
aiskrim pelbagai perisa
ceri

Cara membuat:

Masukkan dadih, epal, kacang merah, cendol, kacang gajus dan jagung ke dalam mangkuk. Masukkan ais kiub dan sedikit air dalam blander.Kisar hingga halus. Tuangkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi. Siramkan ais ini dengan air gula merah dan perang serta susu pekat. hias dengan aiskrim dan ceri. Siap utk hidangan.

Monday, December 1, 2008

RECIPE MUSHROOM SOUP


Bahan-bahan:

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara membuat:

Potong ayam kecil2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak. Kemudian, masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.

Thursday, November 27, 2008

RECIPE TIRAMISU BISKUT


Bahan-bahan:

16 keping biskut marie
20 g gula halus
100 ml air suam
4 sudu kecil Instant coffee
***
3 biji telur kuning
25 g gula halus
150g mascarpone cheese
***
3 biji telur putih- sejukkan dalam peti ais
25 g gula halus
serbuk koko secukupnya

Cara-cara:

Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya. Untuk menyediakan sirap, campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan. Manakala, untuk menyediakan tiramisu, masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas. Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.

aku x penah buat lagi resipi nih..blm rase tp nmpak mcm sedap..ermm...nak try wat la mcm ni...hehehhe

RECIPE PUDING ROTI

Bahan-bahan:

4 keping roti, disapu mentega
450 ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara membuat:

Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih). Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Wednesday, November 26, 2008

RECIPE KETAM MASAK LEMAK


Bahan-bahan:

4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
10 biji cili api (ditumbuk,kalau nak pedas,tambah lagi cili)
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

Cara membuat:

Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Masak atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe dan daun kunyit, biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan cili yang telah ditumbuk. Perasakan dgn garam dan gula. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

masakan kegemaran aku nih..i like KETAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RECIPE UDANG MASAK SAMBAL


Bahan-bahan:

1 kilo udang (apa2 jenis udang pun boleh-udang laut,udang harimau,udang galah dll)
5-6 sudu mkn cili giling/boh (leh tmbh cili padi dan cili merah ikut citarasa)
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 biji bwg besar*
1 sudu mkn belacan
2 btg serai (dititik)
1 cawan (atau lebih) minyak msk utk menggoreng udang
1/2 cawan air asam jawa pekat
Sedikit air
garam
gula
perasa secukupnya

Cara membuat:

Udang dibersihkan,toskan dan digoreng seketika di dlm minyak yg sdh dpanaskan. Jgn goreng lama..cukup sekadar udang bertukar warna.Ketepikan.. Bhn bertanda * dikisar menggunakan pengisar bhn kering dan tmbahkn belacan. Kurangkn minyak lebihan menggoreng udang td sehingga lbh kurang 1/2 cawan, panaskan dan tumis cili boh/giling hingga garing. Masukkan bhn2 berkisar bersama serai yg sdh dititik dan kacau goreng hingga bhn2 tersebut benar2 masak dan pecah minyak. Jika kelihatan kekurgn minyak, tmbahkn lg minyak gorengan udang td. Bila perencah sdh pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kacau seketika. Kemudian, masukkan udang yg sdh digoreng td dan kacau lg sehingga sebati. Lepas tu, tambahkn sedikit air, garam, gula dan perasa mengikut citarasa. tutup periuk dan tunggu mendidih(kena lebihkan air bg yg suka berkuah) Setelah mendidih, padamkan api. Bolehlah diangkat dan dihidangkn sebagai hidangan utama menu tgh hari atau mkn malam.. SELAMAT MENCUBA!

sape yang suke petai, leh la masukkan petai dlm masakn ni...hehhehe...maka, jadilah udang sambal petai..

Tuesday, November 25, 2008

RECIPE IKAN KELI BERLADA


Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugur/asam keping
secubit gula
secubit garam dan kunyit
minyak untuk menumis

Bahan dikisar :

20 biji cili api
10 biji cili merah

Cara membuat:

Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi.

aku x mkn ikan keli ni..tp kalo kowang suke ikan keli berlada ni..try la wat..ni resipi ayah aku...hahhaa...

Wednesday, November 19, 2008

RECIPE IKAN MASAK MASAM MANIS


Bahan-bahan: ( 3-5 orang )

1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
daun ketumbar dan daun sup

Cara membuat:

Goreng ikan hingga garing, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata. Biar sehingga masak, padam api dapur. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan.

Tuesday, November 11, 2008

RECIPE KARI KEPALA IKAN


Bahan-bahan:

kepala ikan besar (ikan aper2 pun x pe)
8 bji kacang bendi
2 biji cili potong dua
2 biji tomato
1 1/2 bungkus rempah kari ikan
sedikit halba campur
1/2 cawan santan pekat
daun kari
garam
1/2 cwn santan cair
4 biji bwg merah (tumbuk hingga halus)
1 ulas bwg putih (tumbuk sehigga halus)
2 biji bwg merah (potong nipis utk d tumis)
1 ulas bwg ptih (potong nipis utk d tumis)
air
bunga lawang
kayu manis

Cara membuat:

mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair. Tumbuk bwg merah dan bwg putih, gaulkan bersama2 rempah tadi. Panaskan minyak, tumis halba campur dan bawang merah serta putih yg telah dipotong nipis tadi. Setelah kekuningn mskkan daun kari. Kemudian, masukkan bancuhan rempah kari tadi. Tutup periuk dan kecilkan api, masak sehingga pecah minyak kemudian mskkan sedikit air dan santan pekat. Setelah mengggelegak, mskkan kepala ikan, kacang bendi, cili , tomato dan garam secukup rasa.

Friday, November 7, 2008

RECIPE AYAM TUMIS


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, dipotong
2 sudu teh pes cili
5 sudu teh kicap manis
2 sudu teh sos tomato
3 sudu teh minyak
Air secukupnye
2 biji tomato, dibelah 6
garam dan gule secukupnye

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara membuat:

Campurkan bahan kisar dengan cili, kicap, sos tomato garam dan gula. Kemudian gaulkan bahan2 tadi bersama ayam hingga rata. Tutup dan perapkan ayam selama 2 jam. Panaskan minyak di dlm kuali dan masukkan ayam serta bahan perap td. Kacau atas api yang sederhana hingga air ayam kering. Masukkan air kemudian tutup kuali. Renihkan di atas api perlahan. Bila ayam masak dan kuah pekat,masukkan tomato dan angkat.

Sumbangan: Kosmo

Wednesday, November 5, 2008

RECIPE TOMYAM



Bahan-bahan: ( 3-4 org )

½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar/dititik)
2 batang serai (dititik)
3 sudu besar pes tom yam (ikut selera.kalau nak pekat,tambahkan kuantiti)
8 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (ikut selera gak...diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato, lobak)

Cara membuat:

Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi dan perang. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan bawang besar dan daun limau. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. Last sekali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

p/s: resipi ni mia yang nak..selamat mncube mia..hehhee...

Tuesday, November 4, 2008

RESIPI DAGING DENDENG


Bahan-bahan:

-500 gm daging lembu
-1 biji kelapa parut
-2 biji telur ayam
-5 sudu makan tepung kanji
-3 sudu makan gula pasir
-garam secukup rasa
-2 sm lengkuas dititik
-Tumbuk 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 sudu kecil jintan 2 sudu kecil ketumbar 4 biji cili merah

Cara-cara:

· Potong sebesar ibu jari dan ketuk daging sehingga lembut.
· Gaul daging bersama rempah yang telah dikisar. Perap selama 10 minit.
· Tuangkan kelapa parut, kemudian kacau biar sebati bersama daging dan rempah.
· Kacau telur dan masukkan bersama tepung kanji dan kacau lagi.
· Goreng daging dalam minyak yang panas sampai warnanya kelihatan kekuningan barulah diangkat.

SELAMAT MENCUBA!!!

RESIPI BLACK PEPPER STEAK

Bahan-bahan:

-1/2 kg daging
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
-1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
-1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
-1/2 cawan kicap manis
-1 cawan air
-1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
-1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
-1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
-1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
-1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
-2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

· Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
· Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
· Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
· Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
· Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
· Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
· Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
· Siap untuk dihidang.

Tips: Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

RESIPI BOTOK AYAM


Bahan :

-5 butir bawang merah
-4 butir bawang putih
-4 cm lengkuas parut
-1 sendok teh ketumbar
-2 butir kemiri
- garam
-gula merah secukupnya
-6 biji belimbing sayur, hiris
-3 biji cili merah, hiris
-4 helai daun jeruk purut, hiris
-1 potong dada ayam, cincang
-daun pisang untuk membungkus

Cara membuat :

-haluskan bawang, lengkuas, ketumbar, kemiri, garam, gula campur dengan belimbing sayur, cabe merah, daun jeruk purut campur dengan daging ayam cincang ambil daun pisang, beri 2 sendok makan campuran ayam.
-bungkus kukus 25 minit sampai matang

RESIPI PAELLA AYAM


Bahan-Bahan
-6 keping ayam
-1/2 biji lada benggala
-1 sudu tepung gandum
-1 camca paprika
-1/4 cawan minyak zaitun
-100 gm mentega
-1 biji bawang besar -potong dadu
-2 biji kentang- potong dadu
-3 ulas bawang putih- cincang halus
-1 cawan kacang kuda
-10 biji cendawan butang
-2 camca koma-koma
-1 camca serbuk kunyit
-segenggam daun ketumbar
-4 tangkai daun bawang-di hiris
-2 cawan beras Arborio atau Basmati
-3 cawan stok ayam
-garam secukup rasa
-2 biji kentang- potong dadu
-3 ulas bawang putih- cincang halus
-1 cawan kacang kuda

Cara Cara
-Panaskan minyak zaitun dan mentega.Goreng ayam yang telah dilomor dengan serbuk paprika dan tepung gandum. ·
-Masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan, tumis sebentar.
-Masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau sebentar dan tuang air rebusan serta garam.
-Masak sehingga air kering. Tutup dengan kertas timah, kecilkan api dan biarkan masak selama 10 minit.
sumbangan : lebai_kulup

Friday, October 31, 2008

RESIPI AYAM PANDAN


Bahan-bahan ( bergantung pd berapa ketul ayam )

1) Ayam
2) Air pandan(blender daun pandan ambik airnya)
3) Bwg putih(ditumbuk)
4) Halia(ditumbuk)
5) Serbuk cili
6) Serbuk ketumbar
7) Serbuk jintan manis
8) Serbuk jintan putih
9) Sdkt gula
10) Sdkt garam

Cara-cara

*Perap ayam dgn bahan2 tersebut..lagi lama2 lagi sedap
*Goreng hingga garing

resipi disumbangkan oleh : Kak Jai

Wednesday, October 29, 2008

RECIPE DAGING MASAK HITAM


Bahan-bahan :

600 g daging tanpa tulang
rempah basah masak hitam
1 bungkus kecil rempah tumis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
gula
perasa ajinomoto
minyak masak
1 1/2 cawan air
3 sudu besar cili boh (ikut selera masing2 nak pedas ke x)
Bahan kisar:

1 labu kecil bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang serai
2 cm halia

Cara membuat:

Potong daging sederhana kecil, cuci bersih dan rebus terlebih dahulu hingga mendidih.Toskan.. Buang air rebusan. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg dikisar bersama cili boh, rempah tumis dan rempah masak hitam hingga naik bau wangi. masukkan 1/2 cawan air. Masukkan daging yang di rebus tadi dan gaul-gaulkan. Perlahankan api. kemudian, masukkan kicap masin, kicap pekat, gula dan perasa.(kalau kurang masin, tambahkan lagi kicap masin.). masukkan air sekali lagi jika kekurangan air. Gaul sebati. Masak sehingga daging benar2 empuk. tambah air jika terlalu kering. (JANGAN TERLEBIH AIR. BUAT MACAM MASAK RENDANG.)

Tuesday, October 28, 2008

RECIPE MEE HAILAM


Bahan-bahan: ( 6 orang )

500 g mee kuning
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4
1 cawan taugeh (optional)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos abalone*
1/2 camca teh minyak bijan*
(*gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang. Dalam periuk atau kuali, tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2). Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Tuesday, October 21, 2008

RECIPE IKAN SIAKAP KUKUS



Bahan-bahan: ( 5 - 6 orang )

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*

Cara Membuat:

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. Dalam satu bekas yang lain, satukan kesemua bahan sos (yang bertanda *) dan gaul hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Monday, October 20, 2008

RECIPE AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan: ( 4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar:

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias:

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang pis secukupnya

Cara-cara:

Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam serta kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

RECIPE ASAM PEDAS IKAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan (apa2 ikan, ikut selera..tp paling best ikan pari)
4 ulas bawang merah-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2cm kunyit hidup-ditumbuk
1 btg serai dititik
daun kesum
1 bunga kantan-dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
1 1/2 mangkuk kecil air biasa
garam dan gula (ikut rasa)
minyak masak
sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)
Kacang bendi
Buah tomato- dibelah 4

Cara-cara:

Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
Kemudian masukkan bunga kantan, kacau dan masukkan air. Masukkan pula daun kesum. Biar mendidih. Masukkan ikan, kacang bendi, garam dan gula. Biar hingga ikan masak dan akhir sekali masukkan tomato.

masak asam pedas ni kalau kuah pekat lagi sedap...pastu pedas..wahh....kompem makan nasi nak bertambah..

RECIPE NASI TOMATO


Bahan-bahan: ( 4 orang )

2 cawan beras (terpulangle kowang nak jenis ape beras tu)
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
bawang goreng dan kacang pis (sebagai hiasan)

Bahan tumis:

2 sudu mentega/ minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

Cara membuat:

Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam. Kemudian masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng. Sedap dimakan bila bersama ayam masak merah atau kari...

Friday, October 17, 2008

RECIPE MEE BANDUNG


Bahan-bahan ( 4 orang ) :

500g udang kering segar
cili kering atau cili giling
gula pasir
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
mee kuning 1 peket
sotong basah
4 biji telur ayam (ikut bilangan orang yang hendak makan)
Sawi
5 keping tauhu goreng
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu (ikut suka banyak mana)
Taugeh (celur)

Cara membuat:

Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili. Potong kecil sotong basah dan daging lembu. Hiris tauhu goreng nipis-nipis. Cuci mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan tomato.

Untuk memasak perencah mee bandung:

Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) . Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok, bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.

Untuk memasak mee bandung:

Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi (jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih). Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
Makan semasa panas.


Thursday, October 16, 2008

GULAI LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS


Bahan-bahan:

1 biji nenas masak
2 keping ikan kurau masin
1 biji kelapa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inchi kunyi hidup
10 biji cili api

Cara memasak
1. Tumbuk bawang merah & putih dan kunyit hidup
2. Potong nenas mengikut kesukaan anda
3. Bersihkan ikan kurau
4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama santan cair
5. Masakkan selama lebih kurang 5 minit , masukkan pula santan pekat.
6. Masukkan sedikit gula dan garam.
7. Jika ikan terlalu masin tidak perlu tambah garam lagi ke dalam kuah.
8. Biarkan sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan.

sumbangan : lebai_kulup

RECIPE GULAI KAWAH ( DAGING / AYAM )


Bahan-bahan:

Bahan Tumis

*Bahagian A

halia - dimayang
bawang merah 5 ulas- dimayang
bawang putih 3 ulas- dimayang

*Bahagian B

buah pelaga 5 biji
sedikit cengkih
2 kulit kayu manis
2 bunga lawang
lima sudu besar cili boh

*Bahan C

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia ditumbuk
5 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan
sedikit sos tomato
1 keping asam keping
sedikit air
1 keping asam keping

*Bahan utama

1 ekor ayam @ 1kg Daging
1 biji kelapa diambil santan
garam secukup rasa
gula

Cara membuat:

Tumis Bahan A hingga naik bau, diikuti dengan Bahan B didalam kuali. Bahan C digaul sebati dan kemudian dimasukkan dan dimasak ke dalam periuk yang berasingan,. kemudian masukkan ayam, masak biar agak empuk, kemudian barulah dimasukkan santan. Apabila mendidih, masukkan bahan yang ditumis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Sudah siap!! Apalagi....hidang dan makan.... SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

sumbangan : lebai_kulup

Wednesday, October 15, 2008

RECIPE DAGING MASAK DALCA


Bahan-bahan:

600 gm daging lembu - dipotong kecil
100 gm kacang dal - direndam semalaman
100 ml minyak masak
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan dadih
2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji terung bulat (dibelah 4)
2 biji tomato (dibelah 4)
1 batang lobak merah - dipotong serong 1 cm
kacang panjang
2 batang buah murungai - dipotong 4 cm
4 biji cili hijau - dibelah 4, jangan putus
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
750 ml santan cair - dari 1 biji kelapa
Garam secukupnya

Bahan (A):

Dihiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5 cm halia
1 tangkai daun kari
5 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Dikisar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Membuatnya:

Rebus kacang dal dan daging berasingan hingga lembut. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) hingga berbau. Masukkan rempah kari, garam masala dan lada hitam. Kacau hingga keluar minyak. Tuangkan santan dan dadih. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan daging, ubi kentang, lobak merah, murungai dan terung. Masak hingga kuah mendidih dan sayur-sayuran empuk. Tambah garam dan jus limau secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Apabila mendidih tutupkan api.

RECIPE LEMON CHICKEN


Bahan-Bahan:

400 gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah 1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat
sos lemon

Cara Membuat:

Dalam satu mangkuk satukan kesemua bahan-bahan diatas. Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah diperap dengan halia. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana. Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya. Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

RECIPE AYAM MASAK KURMA


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 biji kentang [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
minyak
garam
kulit kayu manis
bunga lawang

Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau rata dan biarkan naik minyak. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Setelah itu, masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat.Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelah dan biarkan sehingga pekat. Hidangkan dengan nasi atau roti.


Friday, September 19, 2008

RECIPE KUIH KOLE-KOLE KACANG

Bahan-bahan:

1 cwn santan pekat **
1 cawan gula merah*
2 sudu besar gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara membuat:

Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut, kemudian sejukkan dan ketepikan dulu. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas, kacau hingga sebati. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu dikacau agar tak bergentel. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Thursday, September 18, 2008

RECIPE BISKUT CAPPUCINO CRUNCH

Bahan-bahan:

250 g mentega - lembut
160 g gula gula icing - diayak
2 biji kuning telur
1 sudu besar coffee oil
1 sudu besar serbuk koko
80 gm tepung susu
50 gm tepung kacang hazel (atau apa saja kekacang yg dikisar halus)
350 gm tepung gandum
150 gm choc. block - potong dadu kecil (utk inti)
250 gm choc.masakan *
1 sudu besar mentega *
secukup bahan hiasan - kekacang yg di cincang
secukup mangkuk kertas yg kecil

Bahan bertanda * dicairkan secara double-boil

Cara membuat:

Kacau 4 bahan pertama bersama-sama dalam sebuah bekas sehingga rata. Masukkan 3 bahan berikutnya dan kacau rata lagi. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit adunan, isikan sebutir choc. block yg didadu dan bentukkan bulat seperti guli dan susun diatas dulang pembakar. Buat hingga habis. Bakar hingga masak pd suhu 150C selama 10-15 min. Sejukkan biskut. Selepas itu, celupkan biskut ke dlm choc. cair dan isikan ke dlm mangkuk2 kertas dan taburkan atasnya dgn bahan hiasan pilihan masing2. Biarkan choc.nya keras sebelum disimpan di dlm bekas yg bertutup rapat.(boleh juga dimasukkan di dlm freezer 2-3 min saje setakat utk membekukan choc.)

Thursday, September 11, 2008

RECIPE BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum (di ayak)
100 gm tepung kastad (di ayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara membuat:

Pukul butter dan gula bersama-sama sehingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. Masukkan tepung dan gaul rata. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak. Sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, September 10, 2008

RECIPE BISKUT KACANG & COKLAT CIPS

Bahan-bahan:

160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang (panggang)
200 g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk koko

Cara membuat:

Pukul gula dan butter sehingga hancur. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian, masukkan badam cincang dan coklat cips. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata. Setelah itu, sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru disimpan.

RECIPE BISKUT WHITE ROCHERS

Bahan-bahan:

200 gram badam hiris
40 gram gula aising
200 gram coklat putih, dicairkan


Cara membuat:


Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk. Kemudian, campurkan coklat cair dengan kacang badam yang
telah dipanggan dengan sempurna. Titis satu sudu adunan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah
C.

simple sangat resipi bskut ni...budak kecik pun leh wat..rugi sape x cube wat bskut ni..hehehe..