Friday, September 19, 2008

RECIPE KUIH KOLE-KOLE KACANG

Bahan-bahan:

1 cwn santan pekat **
1 cawan gula merah*
2 sudu besar gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara membuat:

Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut, kemudian sejukkan dan ketepikan dulu. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas, kacau hingga sebati. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu dikacau agar tak bergentel. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

1 comment:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantiknya, potong kuih pakai apa? Rapi sangat-sangat geram tenguk. Untuk adunan banyak tu, Loyang besar mana?