Tuesday, September 2, 2008

RECIPE TEPUNG PELITA


Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa (diperah jadi 4 cawan santan)
4 helai daun pandan (dikisar dgn sedikit air)
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara membuat:

Bancuh tepung dengan air, gula, air daun pandan dan air kapur sehingga sebati. Sementara itu, perahan santan pula dicampur dengan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. Kemudian, tepung yg diadun tadi dimasak dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan lagi sedap.
Santan yg diadun tadi pula dimasak dan kacau sehingga pekat. Angkat santan apabila telah pekat dan likat, kemudian curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.

Resipi paling senang nak wat...selamat mencube sempena bulan pose ni..hehhee...

No comments: