Tuesday, September 9, 2008

RECIPE AYAM MASAK MADU

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering (dikisar halus)
madu
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara membuat:

Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari. Kemudian, ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi serta cili kering. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau. Jika inginkan ayam menjadi lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat, baru masukkan ayam. Boleh dihidang dengan taburan bwg goreng atau daun sup.

ayam ni sedap d mkn dengn nasi beriani/ nasi minyak/ yg sewaktu dengannye..muehehe..

No comments: