Saturday, January 31, 2009

RECIPE IKAN MASAK SINGGANG MASIN PEDAS

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 sudu besar ketumbar
1 batang serai di ketuk
1 keping asam keping
7 biji cili padi di ketuk
sedikit daun kesum
semangkuk air

Cara membuat:

Bawang merah, bawang putih, lengkuas dan ketumbar ditumbuk halus. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan semua bahan yg ditumbuk bersama serai dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih. masukkan pula ikan dan cili padi. Selepas itu masukkan pula daun kesum apabila ikan hampir masak. Perasakan kuah singgang ini sedikit masin dan pedas.

Thursday, January 22, 2009

RECIPE TOM YAM LAKSA

Bahan-bahan:
1 bungkus mee laksa (rendam, kemudian rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak)
500 g ayam (dipotong kecil, perap dgn asam limau, cuci bersih dan toskan)
10 - 15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
7 - 8 ekor sotong sederhana besar, dipotong bulat dan bersihkan
2/3 botol "LIFE" tom yam paste
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 genggam daun kesom
200 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
1 liter air (atau lebih mengikut keperluan)
Sos ikan (nampla) secukup rasa
2 kuntum bunga kantan, belah dua

*BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS*
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 camca teh lada hitam biji

*BAHAN-BAHAN SAMPINGAN*
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Telur rebus, dibelah dua
Timun, dihiris halus
Taugeh, dicelur
Cili padi, dihiris halus
Bawang besar, dihiris halus
Limau kasturi, dibelah dua

Cara membuat:

UNTUK KUAH:
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk. Masukkan serai titik dan bahan2 dikisar halus. Tumis hingga wangi, masukkan "LIFE" tom yam paste dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Kecutkan ayam 5 minit. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan daun kesom, bunga kantan dan daun limau purut, biar mendidih. Masukkan sotong dan udang diikuti pati santan. Bila mendidih masukkan sos ikan ( anggaran 4 - 5 camca besar) secukup rasa. Biar mendidih pada api perlahan 2 - 3 minit.

UNTUK PENYEDIAN LAKSA:
Dalam mangkuk, isi kan mee laksa, hirisan bawang, timun dan taugeh. Tuang kuah hingga menutupi mee tadi. Hias dgn hirisan tauhu, daun selasih, cili padi, limau kasturi dan telur rebus....boleh lah makan lepas tu....

Tuesday, January 13, 2009

RECIPE MEE GORENG MAMAK


Bahan-Bahan:

60 gm udang sederhana besar
60 gm perasa udang
70 gm mee kuning
20 gm sotong
5 gm bawang putih(dicincang)
4 sudu besar cili merah
½ sudu asam jawa
¾ sudu kecil gula
minyak masak
tauge dibuang ekornya
tauhu
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
garam secukup rasa
salad
limau kasturi

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan perasa udang, cili, gula & air asam jawa. Biar(2 min) hingga naik baunya. Masukkan tauhu, udang, sotong & telur. Setelah masuk, campurkan mee, tauge, kicap cair & pekat. Biarkan hingga masak sebelum dihias dgn potongan limau & salad.

RECIPE AYAM GORENG BERSOS

Bahan-bahan:

Daging Ayam
2 Bawang Merah - ketuk & hiris
1 Bawang Putih - ketuk & hiris
Halia (sebesar ibu jari) - hiris nipis
4 sm Sos Tiram Maggi
4 sm Sos Cili Maggi
2 sm Lada Kisar
Garam & Gula utk perasa
7 helai Daun Kari
3 biji Lada Hijau - hiris memanjang
Cara membuat:

Ayam diperap bersama lada kisar, serbuk kunyit & sedikit garam selama 30 minit. Goreng ayam tapi jgn terlalu garing. Panaskan kuali, masuk sedikit minyak. Masuk bawang & halia, tumis seketika. Masukkan lada kisar & tumis lagi. Masukkan sos tiram, sos cili. Gaul sebati, biarkan sekejap hingga keluar minyak. Masukkan ayam & gaul. Akhir sekali, masukkan daun kari, lada hijau. Gaul sebati.

Monday, January 12, 2009

RECIPE MEE UDANG


Bahan-bahan:

2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam
*Bahan2 Utk Dikisar*
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara Membuat:

Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Thursday, January 8, 2009

RECIPE KUEH TEOW KUNG FU


Bahan-bahan:

kueh teow
2 biji telur
lada hitam / lada putih
mix seafood
lobak
1-1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur lain (optional)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram

Cara membuat:

Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. Kemudian, tuang dalam kuali yang dah diletakkan dengan sedikit minyak. Ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak (buat macam goreng telur dadar tu). Masukkan dalam pinggan. Untuk kuah pula, tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

RECIPE WAT TAN HOR


Bahan-bahan:

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
2 ulas bawang putih di ketuk
1 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
2 sb sos tiram
sedikit serbuk lada sulah / lada hitam

* UTK KUAH *
6 ekor udang
beberapa hirisan daging
3 biji baby jagung
3 helai sawi
sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih diketuk
3 hirisan halia dihiris halus
sedikit lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
500 ml air / lebih kurang 3 cwn
garam secukup rasa
1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
1 biji telur

Cara membuat:

*Utk mee*
Tumis bwg putih hingga kekuningan, masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah. Setelah siap, angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan.
*Utk kuah*
Tumis bwg putih dan halia hingga kekuningan, masukkan air. Bila mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah. Masukkan pula udang, sawi, lobak dan jagung. Bubuh garam sikit. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...

RECIPE BIHUN SINGAPORE

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun - direndam dulu
300 g daging - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara membuat:

Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

Wednesday, January 7, 2009

RECIPE NASI DAGANG TERENGGANU


Bahan-bahan:

**NASI**
4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air

**GULAI IKAN TONGKOL**
1 tin santan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
4 cm lengkuas*
(* di blend)
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai (ape2 jenis)
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan

**ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Cara membuat:

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukupnya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah. tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.
teringat kenangan mase kat terengganu..huhuhu..

RECIPE COLD SPAGHETTI SALAD


Bahan-bahan:

200 g spaghetti
mini tomato
2 helai lettuce
italian salad dressing
paprika(optional)
sedikit garam
Cara Membuat:

Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan lain. Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

mak aih..senangnye nak masak resipi ni.x sampai 5 minit dah siap.mmg btl org ckp,mat salleh ni mmg suke yang cepat2..ngeh2x..

RECIPE PUDING CENDOL

Bahan-bahan:

Bagi Lapisan Bawah

500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar - agar powder
500 gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas

500 ml air
200 gm gula merah
300 ml santan pekat
10 gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara Membuat:

Bagi Lapisan Bawah;
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas;
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500 ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih. Kacau kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Tuesday, January 6, 2009

RECIPE RENDANG KERANG


Bahan-bahan:

1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*

1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukupnya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara membuat:

Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas. Masukkan semua bahan2 yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan, rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit. Masukkan kerang dan gaul sebentar. Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula. Akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa. Kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing. Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan.

RECIPE SOTONG SUMBAT BEREMPAH


Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air (agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api. Sedia untuk dihidang.

RECIPE MASAK LEMAK SOTONG SUMBAT TAUHU


Bahan-:

8 ekor sotong sederhana besar
1 biji kelapa - perah dengan 1 1/2 mangkuk air
* 10 biji cili kering + 5 biji cili api
* 5 ulas bawang merah
1 biji buah keras - tumbuk hancur
2 batang serai - ketuk
2 ketul tauhu
** 1 biji telur
** 2 ulas bawang merah - hancurkan
** 1 sb tepung jagung
** 2 sk garam
1 keping asam keping
** 1 sk lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
8 batang pencukil gigi
Cara Membuat:

Bersihkan sotong. Hancurkan tauhu, gaul dengan bahan yg bertanda **. Kemudian, sumbatkan bahan2 ke dalam sotong - masukkan semula janggut sotong dan cucuk dgn pencungkil gigi supaya isi tak terkeluar.
Kuah : Blend bahan * dgn sedikit santan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama baki santan, buah keras & serai. Masak dengan api sederhana - kacau selalu supaya tak pecah minyak & berketul. Bila mula mendidih, masukkan sotong - sambil timbuk kuah perlahan. Masukkkan kiub ayam, asam keping & garam secukup rasa. Bila dah masak, boleh la di buang pencungkil gigi tu..siap utk dihidangkan..

Monday, January 5, 2009

RECIPE AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan:

1 ekor ayam yang dipotong - potong
sedikit serbuk perasa ( ajinomoto )
serbuk kari daging atau ikan ( xkira jenama apa )
tepung rangup atau tepung goreng kfc
Daun kari

Cara membuat:

Potong ayam mengikut kesukaan, kemudian basuh dan toskan. Perapkan ayam dengan sedikit serbuk perasa lebih kurang dalam 2 - 3 minit ( bukan apa untuk melembutkan ayam tu ). Kemudian gaulkan ayam tadi ke dalam serbuk kari sehingga semuanya terkena rempah.
Akhir sekali gaulkan pulak dengan tepung goreng rangup atau kfc (lebih sedap tepung kfc. Kemudian panaskan minyak lalu digoreng. Tambahkan daun kari ketika menggoreng ayam tersebut supaya berbau harum. Apabila dah masak bolehlah dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja bersama sos kegemaran anda.

RECIPE UDANG MASAK BUTTERMILK

Bahan-bahan:

500 g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang)
80 g tepung jagung
40 g tepung gandum
150 ml susu cair
3-5 helai daun kari
3 tangkai cili hijau
minyak untuk menggoreng
garam & ajinomoto
gula
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)


Cara membuat:

Perap udang yang telah dibuang kulit bersama garam, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk. Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak. Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & abaikan. Sementara itu, tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil. Tambahkan garam, ajinomoto, & gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih. Untuk memekatkan sos, campurkan 1/2 sudu besar tepung jagung bersama 1 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).
Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi.


Resipi ni xde gambar la..huhuhuhu..sori.