Friday, October 17, 2008

RECIPE MEE BANDUNG


Bahan-bahan ( 4 orang ) :

500g udang kering segar
cili kering atau cili giling
gula pasir
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
mee kuning 1 peket
sotong basah
4 biji telur ayam (ikut bilangan orang yang hendak makan)
Sawi
5 keping tauhu goreng
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu (ikut suka banyak mana)
Taugeh (celur)

Cara membuat:

Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili. Potong kecil sotong basah dan daging lembu. Hiris tauhu goreng nipis-nipis. Cuci mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan tomato.

Untuk memasak perencah mee bandung:

Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) . Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok, bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.

Untuk memasak mee bandung:

Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi (jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih). Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
Makan semasa panas.


2 comments:

Anonymous said...

thanks so much untuk recipe mee bandung nie...caya la. Mas Ayu

~lakibini punye blog~ said...

ok..sm2...rajin2 henguk blog aku eh..kalo ade prmintaan lagi..mmg tnggungjwb aku tuk berusaha cari resipi tu..hehehhe