Friday, July 18, 2008

RECIPE PUDING KOKTAIL BUAH-BUAHAN


Bahan2:

(Utk kuah)

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa)

Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuan masak di atas api hanyalah untuk menghancurkan gula. Jika rasa gula sudah hancur bolehlah tutup api tersebut. Kemudia, masukkan dalam freezer.

(Utk custard)

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula
Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat (warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar). Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.
Puding cocktail ini sedap dimakan apabila dlm keadaan sejuk. Selamat mencube..

4 comments:

joegrimjow said...

ada org guna ;-)

Ummi said...

cari resepi utk member..dia nk try wt...saya pun nk try lah sbb suka makan...rupa2nya senang ja nk wt...beli mahal hehehe tq

An-Nur said...

lama dah nak try dik, baru jumpa resepi, bahan2 dah beli, InsyaAllah nak buat sok, thanks for sharing..=)

sukasoheeku said...

bole x puding ni letak ketul ais n mkn cmtu jer..so mkn dia dlm keadaan cair la..bole x?