Wednesday, July 30, 2008

RECIPE LAKSAM

Bahan-bahan:

Bahan laksam:

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air

Bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Santan (pekat)
Asam keping
Sdkt garam

Bahan ulam:

Kobis(dicincang halus)
timun

kcg panjang (dicincang halus)
taugeh

Cili:
cili kering
cili padi
belacan
sedikit garam


Cara membuat:

Utk laksam:
Campurkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit bancuhan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah:
Kisar isi ikan, bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili:
Cili kering dan cili padi dikisar dgn belacan, tambah sedikit garam.
Laksam ni mmg sedap...ni ikut resipi mak mentua aku...ekekeke...x penah wat sndiri lagi..biase mkn ble balik kg somi aku...hahahahha.............

Tuesday, July 29, 2008

RECIPE SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahan:

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
5 biji tomato segar - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris

3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak masak agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese :
Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Pastikan daging digoreng hingga keperangan. Kemudian, masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh dihidang dengan parutan keju parmesan.

Ni feveret food aku..spageti...nyam..nyam...

Friday, July 25, 2008

RECIPE CHEESE CAKE


Bahan-bahan:

250 g cream cheese
200 ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 g gula

Strawbery sebagai hiasan

Cara-cara:


Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer/blander. Mix biar sampai adunan jadi cream.
Kemudian, masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap


kek kegemaran aku sebab ade cheese....hehehhhe.nak try wat la....mcm senang je nak wat..

Thursday, July 24, 2008

RECIPE SUP TULANG


Bahan-bahan:

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
3 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (ditumbuk sedikit)
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas
limau nipis- kalo suka masam2 cikit
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah
garam
bunga lawang
kulit kayu manis

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumislah bawang putih, halia,bunga lawang dan kayu manis sehingga mengeluarkan aroma yg wangi. Kemudian,masukkan air dan tulang tadi. Rebus hingga empuk. Bila dah empuk, masukkan pula ubi kentang dan lobak merah. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk (Kalau nak pedas, masukkan cili padi). Setelah itu, masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Tak cukup manis tambahlah gula. Tak cukup masin, tambahkan garam. Apabila masak, bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili padi. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis.
Sape penggemar sup tulang, bolehlah cube resipi ni. selamat mencube..

Wednesday, July 23, 2008

RECIPE LAKSA MELAYU



Bahan untuk kuah:
1 kilo ikan kembung(direbus)
20 tangkai cili kering(dikisar)
2 biji bawang besar(dikisar)
sedikit belacan(dikisar bersama bawang dan cili kering)
bunga kantan
daun kesum
2 batang serai
asam keping (mengikut citarasa)
garam secukup rasa


Bahan untuk hiasan:
laksa basah atau laksa kering
timun(dihiris)
daun salad(dihiris)
daun pudina(dihiris)
bawang besar (dihiris)
limau kasturi(dipotong 2)
cili merah(dihiris)
telur rebus (dipotong 2)

Cara membuat:
Ikan yg sudah direbus diasingkan dari tulang dan dihancurkan (tulang ikan dikisar dan diambil stok airnya). Masukkan bersama air rebusan ikan tadi. Masuk semua bahan yg telah dikisar dan serai yg dititip. Masukkan bunga kantan,daun kesum dan asam keping. Setelah masak, hidang bersama bahan hiasan tadi.

ni feveret makanan adik aku..tiap kali balik umh,kompem wat laksa...hehe..sampai jd pro dah wat laksa ni..ekeke..senang pon iye...

Tuesday, July 22, 2008

RECIPE CARAMEL APPLE CAKE


Bahan2:

Utk karamel:
1 biji epel (buang kulit & biji.potong 3-4 cm)
30g gula
Utk kek:
50g gula
sedikit garam
2 biji telur
150g tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar
90g mentega

Cara membuat:

Untuk membuat karamel epel, panaskan gula sehingga ia mnjadi karamel. Kemudian, masukkan epel yg telah dipotong2 td dan masak hingga epel betul2 menjadi kering.Untuk menyediakan adunan kek pula, masukkan mentega, gula dan garam. Pukul bahan tersebut hingga kembang. Tambahkan telur satu persatu apabila adunan telah naik. Setelah itu,masukkan pula tepung dan baking powder yg telah diayak td. Masukkan susu segar dan gaul hingga rata. Kemudian,masukkan karamel epel dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Akhir sekali, masukkan adunan yg telah siap ke dlm acuan dan bakar ke dlm suhu 170 darjah celcius selama 40-50 minit.

tak pernah try lagi wat kek ni...tp nmpak cam sedap....nyam..nyam..


RECIPE MEE JAWA


Bahan-bahan:

300 gm mee kuning (dicelur)
100 gm taugeh
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilenyek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam & minyak masak

Cara membuat:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan. Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh.Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng & cili hiris.


RECIPE MEE KUAH PEDAS


Bahan-bahan (A) :
3 camca besar minyak masak
1 liter air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilenyek, kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan (B) :
2 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
3 camca besar udang kering
40 gm ikan bilis

Bahan-bahan (C) :
1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 cm belacan

Bahan hiasan :
4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
4 biji telur (direbus & dibelah 4)
Bawang goreng
Tauhu goreng

Cara membuat :

1) Bahan (B) mestilah dikisar halus dan ketepikan.
2) Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3) Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4) Masukkan bahan (B) dan kacau hingga pecah minyak.
5) Masukkan air, keledek lenyek dan sos tomato. (kekadang keledek tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal)
6) Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.

7) Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan letakkan bahan hiasan utk kelihatan lebih menarik.

Resipi ni nmpak cam sdp je...mcm mee rebus..tp pedas....aku nak try la...hehehe..

Monday, July 21, 2008

RECIPE MEE KARI UDANG


Bahan-bahan:

Udang 1/2 kg
Mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
Rempah kari
2 senduk kecil cili boh
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi)
Daun kari 1 tangkai
Tauhu kering
Udang kering
Asam keping
Pati santan

Bahan hiasan:

Telur rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar, limau kasturi

Cara-cara:

Masukkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili boh tadi.
Bersihkan udang, keluarkan kepala udang tersebut. Kepala udang ini direbus dgn sedikit air. Kemudian kisar dan tapiskan air tersebut untuk jadikan stok.

Panaskan minyak. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan juga bahan-bahan yg ditumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari.
Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Masukkan udang setelah mendidih dan pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau dan tutup api.
Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba..

Friday, July 18, 2008

RECIPE PUDING KOKTAIL BUAH-BUAHAN


Bahan2:

(Utk kuah)

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa)

Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuan masak di atas api hanyalah untuk menghancurkan gula. Jika rasa gula sudah hancur bolehlah tutup api tersebut. Kemudia, masukkan dalam freezer.

(Utk custard)

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula
Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat (warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar). Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.
Puding cocktail ini sedap dimakan apabila dlm keadaan sejuk. Selamat mencube..

RECIPE TAT TELUR


Bahan2:

(Utk Pastri)

200 g butter
80 g gula ising
1 biji telur
360 g tepung
1 cam teh esen vanila

Cara Membuatnya:

Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur dan vanila. Sebatikan.
Setelah itu, masukkan tepung dan uli hingga jadi doh. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam.
Terap, isi isian dan bakar. Suhu 190c selama 30 minit.
(Utk Filling)

6 biji telur - pukul hingga berbuih
480 ml air
160 g gula
80 ml susu sejat/cair
1/2 cam teh esen vanila
Cara Membuatnya:

Kacau gula dalam air hingga hancur. Campurkan bahan lain dan kacau sebati. Kemudian tuang dalam kulit dan bakar.

Resipi ni aku x penah buat lagi...aku suke mkn je selama ni...hahha...jom kte try wat tat telur ni sm2...mn tau jd..hehhehehe...

RECIPE KEK PISANG KUKUS


Bahan-bahan:
2 cawan tepung kek naik sendiri (di ayak)
1/2 sudu teh bikarbonat soda (di ayak)
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek
1/2 cawan minyak
Sedikit esen pisang

Cara membuat:

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pisang dan esen.
3. Masukkan minyak.
4. Akhir sekali masukkan tepung kek naik sendiri dan soda bikarbonat
5. Kukuskan

Thursday, July 17, 2008

RECIPE AISKRIM GORENG


Bahan-bahan:

5 scoop aiskrim (bergantung kpd citarasa anda nak aiskrim perisa ape)
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
Plastic wrap

Cara-cara membuat:

Sediakan scoop aiskrim. Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus aiskrim tersebut biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam. Sementara itu, campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur. Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Golekkan perlahan2 aiskrim tersebut supaya ia bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.

Sementara itu, pukul telur dengan pemukul telur dan masukkan aiskrim ke dalam telur tersebut. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang dan biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi. Setelah itu, panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.

Pastikan minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Aku nak cube resipi ni..cam best je..aiskrim leh goreng..nyam..nyam..kecur air liur aku.....x sabo nakw at..jom kengkawang,kte try wat..



RECIPE KEK LAPIS ASAM BERKUKUS


Bahan-bahan:

1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan kuning)
2 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan biskut cream cracker [mesin halus & diayak]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes

Cara Membuat:

Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan. Pukul kuning telur dan butter. Masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda. Kemudian, masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua dan gaul hingga rata. Setelah itu, bahagi adunan kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis .


Tryla wat kek ni..aku dah banyak kali wat dan hasilnye memang memuaskan...sedap pun sedap....feveret kek aku sebab ade asam..pastu lapisan kaler2..nmpak cantik bl dihidang..

Wednesday, July 16, 2008

RECIPE KEK LOBAK KARAMEL


Bahan2:

1 cwn minyak jagung
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn gula halus
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 cwn tepung gandum
3 cwn cornflakes (dikisar)
1/2 cwn kelapa kering
1 biji telur
1/2 cwn kurma (dicincang)
1 1/2 cwn lobak merah (dikisar)

Cara membuat:

Pukul telur bersama dengan gula perang dan gula halus sehingga kembang. Kemudia,masukkan minyak dan tepung gandum ke dalam adunan tersebut. Setelah itu,masukkan kesemua bhn2 yang lain dan gaul sehingga sebati. Adunan yg telah siap boleh diletakkan ke dlm acun atau cup cake. Kemudian,bakar adunan tadi pd suhu 180 drjh celcius selama 45 mnt hingga 60 mnt.


RECIPE KERABU MANGGA



Bahan2:

2 biji mangga muda
200 gm bawang merah
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar jus limau
1 sudu besar serbuk kacang
Sedikit garam secukup rasa

Cara membuat:

1) Buang kulit mangga dan hiris secara memanjang. Kemudian asingkan.
2)Potong bawang merah, cili padi dipotong nipis dan masukkan ke dlm mangga yg telah
diasingkan.
3)Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa, jus limau dan kacang. Gaul hingga rata.

sedapnye....lm dah x wat kerabu nih...huhuuhh..

Tuesday, July 15, 2008

RECIPE CHOCOLATE CAKE


Bahan2:

100 g mentega
100 gm gula
2 biji telur
40 gm tepung gandum
40 gm serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanilla

Cara membuat:

Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama2 dengan serbuk koko. Jgn lupa masukkan baking powder dan esen vanilla ke dlm adunan. Gaul sehingga rata. Akhir sekali,masukkn adunan td ke dlm acuan dan bakar selama 40 minit. Ia juga boleh dikukus dengan menggunakan pengukus selama 4 jam.

Kek kesukaan aku..time blk kg,wajib buat kek ni..muahaha..

RECIPE KEK GULA HANGUS


Bahan-bahan:



2 cawan gula
2 cawan air
3 sudu besar mentega
7 biji telur
1 1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:


Gula dimasak bersama2 air sehingga hangus dengan menggunakan api gas yg perlahan.
Apabila gula telah hangus, masukkan mentega ke dlm gula tersebut.
Sementara itu, pukul telur sampai kembang & pekat. Kemudian, masukkan susu pekat & gaul sehingga rata. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu. Tuangkan esen vanila.
Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pula api atas & bawah.


Aku suke kek ni..1st time wat terus jadi...Tp sarang dia x bape nak menjadi sbb tersilap letak adunan kat saiz loyang yg kecik..ekeke... jd,bentuk sarang semut tu x bape jadi la.Tp,mmg sdp kek ni..Try la korang wat ek time nak dekat2 raya ni..hehhee

Sunday, July 13, 2008

RECIPE SAMBAL KACANG TAUHU

Bahan2:

2 ketul tauhu (dipotong 4 dan digoreng)
1 batang serai
1 cwn kacang tanah (digoreng & ditumbuk kasar)
15 biji cili kering (dikisar)
5 biji bawang merah (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu ikan bilis (ditumbuk)
sedikit air, gula & garam

Cara membuat:

Panaskan minyak, kemudian tumiskan cili dan bawang sehingga naik bau. Masukkan gula dan kacau perlahan. Setelah itu, masukkan ikan bilis dan kacang tanah serta serai. Gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan tauhu yg telah digoreng td serta tambahkan sedikit air dan kacau. Jika perlu, masukkan sedikit garam sebagai bahan penambah rasa.

Sambal tauhu ni aku selalu buat kat umah...mmg sedap..hehhee

RECIPE SAMBAL TEMPE GORENG



Bahan A:


2 keping tempe (dipotong dadu)
2 keping tauhu (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu dan digoreng)
1 keping tauhu goreng (dipotong kecil)
1 mangkuk serai (direndam)
100 gm ikan bilis (digoreng)


Bahan B:

1 mangkuk cili boh
1/2 cwn gula
1/2 inci halia (dihiris)
1/2 inci lengkuas (dihiris dan dikisar)
1 bj bawang besar (dihiris dan dikisar)
1 1/2 cwn minyak masak


Cara membuat:

Panaskan minyak & gorengkan bahan A secara berasingan terlebih dahulu. Masukkn halia kemudian tumiskan cili sehingga garing & mengeluarkan aroma. Masukkn gula, kemudian kacau hingga rata. Setelah itu, masukkn bawang & lengkuas yg telah dikisar. Masukkan juga sedikit garam sebagai penmbah rasa. Akhir sekali, masukkn semua bahan A tadi dan gaul sehingga rata.

Info: Tempe adalah makanan kacang soya yg amat popular di Asia Tenggara. Proses penapaian mmberikan tempe banyak zat dan komponen rasa. Ia mengandungi bakteria berguna yg menghasilkan vitamin B12. Tempe juga merupakan sumber serat yg amat baik utk bdn.

Walalalala....tempe ni mknn kegemaran aku sejak kecik..hahha..sume mknn yg berasaskn tempe mmg aku suke sgt2...nak2 lak sambal goreng tempe campo petai yg mak aku wat...huh...sodap hingga menjilat ibu jari..nyam..nyam....

RECIPE CUCUR UDANG

Bhn2:

Beberape ekor udang sederhana beso
2 cwn tepung gndum
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit daun kucai-dipotong pnjang
sedikit taugeh
1 sudu kecil serbuk mauripan-dibancuh dgn sdkit air pns

Cara membuat:

Campurkan semua bahan@ di atas & gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan bancuhan mauripan & kacau lagi. Letak sedikit bancuhan di atas senduk bulat yg telh direndam dlm minyk pns. Goreng adunan dlm minyak pns & angkat apabila wrna bertukar kekuningan.


sape 2 yg rase diri tu gemo sgt mkn cucur udang tp x gheti nak buat,try la buat ngn resipi yg aku bagi ni..kompem pasni kowang ari2 buat smpai muntah darah.....wahahaha..kakakakaka...

Friday, July 11, 2008

Sesuatu yg anda tidak sedari...

  1. Sekurang2nye ade 5 orng dlm dunia ni menyayangi kamu dan snggup mati krn kamu...
  2. Sekurang2nye ade 15 orng dlm dunia ni menyayangi kamu dlm bbrapa care..
  3. Sbb utama seseorng itu mmbenci kamu adalah krn dia ingin mnjadi sprti kamu.
  4. Senyuman drpd mu boleh mmbawa kebahagiaan kpd seseorng wlupon dia x menyukai kamu...
  5. Setiap mlm ade seseorng yg mengingati kamu sblm dia tdur...
  6. Kamu amat bermkna dlm hdp seseorng!!!!
  7. Kalau bkn kerana kamu,seseorng itu tidak akn hdp bahagia..
  8. Kamu seorng yang istimewa dan unik!!!!
  9. Apabila kamu mmbuat kesilapan yg sgt besar, ade hikmah di sebaliknye..
  10. Kenangilah segala pujian yg kamu terima... Lupekan setiap kutukan & cacian...
  11. Jgn takut utk meluahkan perasaan.... Kamu akan merasa tenang apabila seseorng mengetahuinye...

Percayalah!!!!semua ini benar...........:)

Cerite raja lawak...

Jenaka 1
shiima: Knp ko ckp mnm susu sego leh bwk maut??
Su : Sbb smlm ms aku tgh mnm, lmbu tu terajang aku. Seb baik x mampos!!

Jenaka 2
Zuera : Apesal abg marah kat tokei kedai 2 hengget tu td????
Vr4 : Maunye abg x mrh...Sbb dia tipu. Abg beli 3 barang dia mntak 6 hengget.. Name je
kedai 2 hengget!!!!!!!!!!

Jenaka 3
Lebai : Mlm td aku nmpk antu time nak g mncing...
Argon : Uiksss!!!Bestu ko terkejut x??
Lebai : X de mknenye...hntu tu yg terkejut tengok aku, adela...
Argon : Mn ko tau lak??
Lebai : Aku tau la... aku tengok muke antu tu pucat semcm je..

Kowang rase lawak x???aku x rase lawak pun..tp wat2 gelak je la....hahhahahaaaaaaaaaaaa.........



MAKNA TERSIRAT DI SEBALIK TANDATANGAN ANDA!!!!!


1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~ Seorang yang sangat yakin
~ Ada personaliti yang hebat
~ Agak mementingkan diri sendiri
~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tanda tangan
~ Anda romantik
~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tanda tangan
~ Anda kelihatan mudah dan tenang
~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~ Seronok dengan kehidupan
~ Ikut gaya dan cara sendiri
~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~ Anda sentiasa berusaha supaya smart
~ Suka berselindung
~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~ Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~ Seorang yang sangat prihatin
~ Tidak pentingkan diri sendiri
~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~ Seorang pemikir
~ Seorang yang mudah serik
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~ Seorang yang sangat baik
~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
~ Tegas dengan pendapat sendiri
~ Ada semangat yang tinggi