Thursday, February 12, 2009

RECIPE CHOCOLATE OREO SHAKE

Bahan-bahan:

300 ml (1 kotak) susu coklat Goodday
1 sudu besar gula pasir (kalo xnk manis guna 1/2 sudu je)
6-7 keping biskut oreo
ketulan ais secukupnya
1/2 cawan air masak (stand-by)

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan2 ke dlm blender dan kisar selama 2-3 minit @ hingga ais hancur. Tambah 1/2 cawan air kalo rase minuman tu pekat sgt. Tuang ke dalam gelas dan hias dgn biskut oreo. Sedia untuk dihidang..Selamat mencuba....

RECIPE NASI GORENG TOMYAM



Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200 g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam
Cara membuat:

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan perencah tomyam. Kalau kering sgt tambah air sedikit. Masukkan cili padi skali jika inginkan pedas. Masukkan ayam. Biarkan ayam masak sekejap. Masukkan sotong, udang, carrot, tomato, serai dan daun limau purut. Gaul rata. Pecahkan telur dan taburkan garam kemudian gaul. Masukkan nasi dan gaul kembali hingga rata. Last skali masukkan kobis. Gaul hingga masak. Setelah dihidang, hiaskan dengan daun bawang n hirisan lada merah. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.

Wednesday, February 11, 2009

RECIPE KUIH CAKOI



Bahan-bahan:

1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas/alum (Sejenis garam, ada pelbagai kegunaan seperti untuk menghasilkan Baking Powder. Dapat dlm bentuk macam garam atau serbuk.)
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng
Cara membuat:

Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.

Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.


Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

*Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak. Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik.
Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar.

RECIPE DORAYAKI (DORAEMON)


Bahan-bahan:
( 10 biji )

100 gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti: kacang merah yg manis

Cara membuat:

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

RECIPE VANILLA CUPCAKE


Bahan-bahan:

(utk 35 biji)

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Untuk ising:
100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur
Cara membuat:

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun hingga sebati. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 darjah C. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim. Sapukan ising atas kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabur manik atau choc rice atau hias mengikut kesukaan anda..

RECIPE POPIAH SEAWEED CHIPS


Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popiah
1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dimakan mcm tu je)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng
Cara membuat:

Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garpu. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi keseluruhannya. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah disapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis.
Gunting kulit popiah yg sudah berinti td mengikut bentuk dan saiz yg disukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia utk dihidangkan dan dimakan dengan sos cili...kalau x abis,leh simpan lam bekas kedap udara.

RECIPE HATI DAN PEDAL GORENG PINDANG



Bahan-bahan:

250 gm hati ayam
250 gm pedal ayam
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (ikut suka nak pedas atau tidak)
2 btg lada hijau besar
air asam jawa
garam dan serbuk perasa

Cara membuat:

Rebus hati dan pedal kurang lebih 10 min. Pastu potong kecik2 atau ikut suka. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi hingga lumat. Tumis bahan2 yg ditumbuk tadi hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan hati dan pedal ayam tadi. Kacau2. Pastu masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Biarkan dengan api kecil hingga air asam td kering dan pecah minyak lagi. Bila daH betul2 kering masukkan hirisan lada hijau. Biarkan seketika dan terus tutup api.

Tuesday, February 10, 2009

RECIPE NASI AYAM HAINAN


Bahan-bahan:

*utk nasi*
Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
1 ekor ayam
1/2 ulas halia
3 ulas bawang putih
kayu manis
Daun Pandan dan sedikit garam

*utk sos cili*
Sos Ikan
5 biji Cili Merah
1 ulas Halia
5 ulas Bawang Putih
Sedikit air perahan limau
Gula,garam dan cuka
*utk sup*
1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
1 1/2 liter air
1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
1 - 1.5 sudu kecik garam
1 biji bawng besar (potong separuh)
Cara membuat:

Ayam di masukkan ke dalam air dan masak. Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa. Jangan masak ayam terlalu lama. Masak selama 20 ke 30 minit saja. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka). Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.

Dalam penyediaan nasi, basuhkan beras hingga bersih, ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk menggoreng halia dan bawang putih. Goreng hinga naik bau, dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi. Masukkan pula air rebusan ayam tadi ke dalam beras, kayu manis dan daun pandan. Masakkan nasi tersebut.
Sementara itu, utk sos pula, kisar cili merah, halia dan bawang putih dengan sedikit air.n Keluarkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan campurkan sos ikan, cuka, garam dan sedikit gula (agak2 rasanya). Kacau dan gunakan air perahan limau bila hendak makan.
Untuk sup pula, dalam bekas yang besar, didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit. Gunakan api sederhana besar. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit. Perhatikan air rebusan tersebut, jika berkurangan boleh tambah sedikit. Masukkan pula kentang dan biarkan mendidih selama 15 minit. Last sekali masukkan kubis dan masukkan sedikit garam untuk rasa. Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
*Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.

Wednesday, February 4, 2009

RECIPE MACARONI DAN CHEESE GORENG



Bahan-bahan:

1 biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar cili boh
sedikit daging cincang
2 sudu besar susu segar
4 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto

Cara membuat:

Masakkan macaroni dalam air. Dah sudah,tos kan air. Kemudian, tumiskan bwg merah,bwg putih. Bile dah naik bau, masukkan cili boh. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit). Kemudian, tambahkan tomato puree. Masukkan pula daging cincang dan kacau sampai daging tu masak. Masukkan macaroni, kemudian tambahkan susu segar. Bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese, gaulkan sampai keju cair. Masukkan garam dan ajinomoto untuk menambahkan kelazatan masakan.

sape2 yang tengah berdiet tu,jgn wat resipi ni..sbb ni bukan mknn tuk yg tengah berdiet..sekali sekala,xpe..hahha

RECIPE HOMEMADE PIZZA



Bahan-bahan:

500 g tepung roti
garam
8 g yeast
16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
250 ml air suam

Topping:
shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
Pilihan topping:
bawang besar
daging
ayam
olives
chillie pickle
nenas
tomato
etc. terpulang pada selera masing2.
tomato paste secukupnya

Cara membuat:

Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough dan on kan. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti. Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
Letak kan topping pilihan. Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair. Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.
nyam..nyam..sedapnya..penah buat dulu mase tengah gilekan pizza..huahuahuahua..xde budget nak mkn kat restoren pizza,wat sndiri pon ok lah..

RECIPE PASTA BAKE


Bahan-bahan:

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin cendawan butang - dihiris
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 tin sedang tomato puri
1 batang carrot – didadu
1 biji lada benggala - didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (boleh dapat kat mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak, boleh gantikan dgn daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak, boleh gune minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih:

2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar (2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream)
Secubit lada hitam dan garam

Cara membuat:

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Untuk buat inti daging, goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala dan celery. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul), herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau. Selepas itu, masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

Untuk membuat sos putih pula, masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.


Cara melapis: Dalam bekas tahan panas, mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Bila dah masak,bolehlah di makan...

Tuesday, February 3, 2009

RECIPE KUIH SAMOSA


Bahan-bahan:

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
*inti*
1 cawan daging kisar
500 g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat:

*inti*
Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah kari biar sehingga garing. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang tu kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
*kulit*

Ambik kulit popia dan potong 3( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping) .Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.

RECIPE KUIH CUCUR BADAK


Bahan-bahan:

*utk kulit*
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
*utk inti*
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 biji bawang besar
7 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
4 batang serai
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Cara membuat:

Untuk inti, blender cili kering, serai, udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap je. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit, minyak, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
Utk kulit, rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air dan lenyekkan keledek tersebuk. Kemudian, campurkan tepung sedikit demi sedikit. Jika adunan lembik lagi tambahkan lagi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Leperkan doh tersebut dan letakkan inti di tengah2nya kemudian tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.

RECIPE KUIH CEK MEK MOLEK


Bahan-bahan:

4 biji ubi keledek
2 cwn tepung gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya
Cara membuat:

Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
*sedap di makan kalau lepas baru goreng...nyam..nyam..

RECIPE AYAM GORENG PERCIK BERKUAH


Bahan-bahan:

*Bahan A*
1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
*Bahan B*

* digiling/tumbuk halus
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
****
2 batang serai (dititik)
15 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa
Cara membuat:

Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak. Masukkan santan, ayam goreng dan asam keping. Masukkan juga garam & gula secukup rasa. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan.