Friday, September 19, 2008

RECIPE KUIH KOLE-KOLE KACANG

Bahan-bahan:

1 cwn santan pekat **
1 cawan gula merah*
2 sudu besar gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara membuat:

Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut, kemudian sejukkan dan ketepikan dulu. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas, kacau hingga sebati. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu dikacau agar tak bergentel. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Thursday, September 18, 2008

RECIPE BISKUT CAPPUCINO CRUNCH

Bahan-bahan:

250 g mentega - lembut
160 g gula gula icing - diayak
2 biji kuning telur
1 sudu besar coffee oil
1 sudu besar serbuk koko
80 gm tepung susu
50 gm tepung kacang hazel (atau apa saja kekacang yg dikisar halus)
350 gm tepung gandum
150 gm choc. block - potong dadu kecil (utk inti)
250 gm choc.masakan *
1 sudu besar mentega *
secukup bahan hiasan - kekacang yg di cincang
secukup mangkuk kertas yg kecil

Bahan bertanda * dicairkan secara double-boil

Cara membuat:

Kacau 4 bahan pertama bersama-sama dalam sebuah bekas sehingga rata. Masukkan 3 bahan berikutnya dan kacau rata lagi. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit adunan, isikan sebutir choc. block yg didadu dan bentukkan bulat seperti guli dan susun diatas dulang pembakar. Buat hingga habis. Bakar hingga masak pd suhu 150C selama 10-15 min. Sejukkan biskut. Selepas itu, celupkan biskut ke dlm choc. cair dan isikan ke dlm mangkuk2 kertas dan taburkan atasnya dgn bahan hiasan pilihan masing2. Biarkan choc.nya keras sebelum disimpan di dlm bekas yg bertutup rapat.(boleh juga dimasukkan di dlm freezer 2-3 min saje setakat utk membekukan choc.)

Thursday, September 11, 2008

RECIPE BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum (di ayak)
100 gm tepung kastad (di ayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara membuat:

Pukul butter dan gula bersama-sama sehingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. Masukkan tepung dan gaul rata. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak. Sejukkan kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, September 10, 2008

RECIPE BISKUT KACANG & COKLAT CIPS

Bahan-bahan:

160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang (panggang)
200 g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk koko

Cara membuat:

Pukul gula dan butter sehingga hancur. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian, masukkan badam cincang dan coklat cips. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata. Setelah itu, sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru disimpan.

RECIPE BISKUT WHITE ROCHERS

Bahan-bahan:

200 gram badam hiris
40 gram gula aising
200 gram coklat putih, dicairkan


Cara membuat:


Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk. Kemudian, campurkan coklat cair dengan kacang badam yang
telah dipanggan dengan sempurna. Titis satu sudu adunan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah
C.

simple sangat resipi bskut ni...budak kecik pun leh wat..rugi sape x cube wat bskut ni..hehehe..

Tuesday, September 9, 2008

RECIPE BISKUT CHOCOLATE ALMOND BARS

Bahan-bahan:

(A)
250 gram mentega
190 gram gula aising
secubit rasa garam

(B)
1 biji telur

(C)
380 gram tepung gandum
90 gram badam kisar

Cara membuat:

Putar bahan (A) sehingga lembut dan kemudian tambah bahan (B). Putar sehingga tidak berbintil-bintil. Kemudian, campurkan bahan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras. Canaikan doh diantara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3 mm tebal. Potong menjadi 5 sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar. Kemudian, bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan. Biarkan ia sejuk. Tangkup 2 kping dengan coklat yang telah dicairkan. Salutkankan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit jejalur coklat putih di permukaan. Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit. Biar ia keras.

Bskut ni mmg sedap...aku suke mkn...biase beli je.kali ni nak try buatla..

RECIPE BISKUT FANCY ICE-CREAM


Bahan-bahan:

130 gm butter
60 gm gula icing
160 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20 gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20 gm serbuk badam
Cara membuat:

Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn penggelek gerigi dan tekap dgn acuan berbentuk ais krim. Masukkan dlm oven dan bakar sehingga masak. Bile dah masak, celup dgn coklat di bahagian hujungnya dan tabur dengan manik berwarna.

*topping
cairkan coklat dlm oven dan letak sedikit mentega, gaul rata.

aku suke mkn bskut ni..mmg sedap..mmg nmpak menarik bile dihidangkan time raya..

RECIPE BABY FARAH CANDY BARS


Bahan-bahan:

1 cawan peanut butter chunky
1 cawan sirap jagung
1/2 cawan gula perang, dipadatkan
1/2 cawan gula pasir
6 cawan cornflakes, diramas
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan kacang, dicincang

Cara membuat:

Dalam saucepan, gunakan api sederhana, masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak bahan-bahan tersebut dan kacau hingga rata. Setelah rata, angkat dari atas api, kemudian masukkan cornflakes dengan secepat yang mungkin, chocolate chips dan kacang. Gaul hingga sebati. Adunan tadi dimasukkan ke dalam loyang yang bersaiz 9 x 13 inci. Tekan2 adunan tersebut hingga kelihatan padat. Pastikan loyang telah disapu dengan mentega. Potong sewaktu masih panas.

Biskut ni nmpak mcm sedap..aku nak try wat tuk raye ni..jom try ramai2..Aku dapat resipi ni dari mmber blog gak...Thanks shiima sbb kongsi resipi ni..hehehe..

RECIPE AYAM MASAK MADU

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering (dikisar halus)
madu
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara membuat:

Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari. Kemudian, ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi serta cili kering. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau. Jika inginkan ayam menjadi lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat, baru masukkan ayam. Boleh dihidang dengan taburan bwg goreng atau daun sup.

ayam ni sedap d mkn dengn nasi beriani/ nasi minyak/ yg sewaktu dengannye..muehehe..

Friday, September 5, 2008

RECIPE TAUHU AYAM

Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam
280 g tauhu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 tangkai daun sup
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara membuat:

Cincang isi ayam. Kemudian, lecek tauhu dengan garfu. Potong halus daun sup. Bahan-bahan diatas digaul bersama dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok.

Thursday, September 4, 2008

RECIPE BUBUR LAMBUK


Bahan-bahan:

Beras 1 pot
segenggam udang kering (dikisar)
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (disimpul/dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci halia (dikisar halus)
lobak merah potong dadu (jika suka)
bawang goreng (jika suka)
secubit serbuk lada putih
santan
daun sup

Cara membuat:

Masukkan beras, bawang, udang kering, halia daun kunyit dan lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih dan daun sup. Kemudian, masak dalam lima minit, tutup api. Taburkan cili merah hiris jika suka.

Tambahan:

Tambahan lain, jika suka boleh tambah ayam atau daging hiris atau kedua-duanya sekali. Boleh juga dimasukkan kacang peas untuk kelainan rasa. Sedap apabila dimakan dengan sup.

Time pose mesti ramai yang cari bubur ni..ape kate kowang masak sndiri bubur ni kat umah..xya susah2 nak cari..heheheh..

RECIPE APAM TEPUNG BERAS



Bahan-Bahan:

600 gm tepung beras

yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir
pewarna (ikut kesukaan anda)

1 biji kelapa
acuan apam


Cara membuat:


Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras bersama dengan yis. Biarkan dalam 1 jam untuk mendapatkan adunan tersebut naik dan kembang. Setelah itu, sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukus sehingga masak. Setelah masak, biarkan sebentar dan barulah keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Apam ni selalu mak aku buat. Acuan boleh ikut kegemaran kowang..acuan kecik boleh,acuan beso pon boleh..Lagi comel ble letak lam acuan kecik2..hehehe

Wednesday, September 3, 2008

RECIPE APAM PUTERI AYU


Bahan-bahan: ( 40 biji )

5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara membuat:

Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Kemudian, masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang untuk dikeluarkan dari acuan.

ramai yang minat kuih ni..so,aku letak le resipi ni tuk kowang cube wat..aku pun nak cube wat gak...selamat mncube ye!!!

RECIPE IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:

1 atau 2 ekor ikan patin (potong 2/3 bahagian-basuh dengan air asam jawa/garam)
Cili merah & cili api - ikut kepedasan masing2
3 atau 4 biji bawang merah
3 sudu besar tempoyak (lagi banyak lagi sedap)
sedikit serbuk kunyit (nak kasi warna kuning)
Asam keping
2 hingga 3 btg serai
Timun ladang (timun cina)
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuat:

Tumbuk cili merah & cili api serta bawang. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dalam periuk sekali dengan tempoyak. Gaul dengan sedikit air supaya bahan-bahan sebati. Setelah itu, masukkan asam keping & serai yang telah diketuk, baru tambah air (ikut selera pembuat). Panaskan atas api bila dah menggelegak baru masukkan ikan & timun. Jangan kecau selalu ikan tu, takut hancur. Kemudian, letak garam dan gula secukup rasa. Biase, kalau tempoyak baru, tak yah letak gule pun xpe.

cube la resipi ni. sedap rupenye ikan patin masak tempoyak ni..hehehe...sekali cube msti nak lagi..

RECIPE SARDINE ROLL


Bahan-bahan:

Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air

Cara Membuatnya:

Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

Filling
1 tin sardin
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perahan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.

Cara Membuat Sardin Roll:
Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat. Letakkan filling di atas doh dan roll. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut. Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.

emm..mcm sedap je...nak try buatla...jom kte cube wat sm2...

Tuesday, September 2, 2008

RECIPE KUIH LAPIS


Bahan-bahan:

4 cawan santan sederhana cair
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung

sedikit garam
pewarna-ikut suke

Cara membuat:

Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan gaul hingga sebati. Kemudian, bahagi 2 atau 3 bahagian dan letak pewarna mengikut suke. Panaskan loyang dan kukus setiap lapisan selama 3 min. untuk lapisan terakhir, kukus selama 15-20min.

kuih paling mudah nak wat...hehehe...

RECIPE TEPUNG PELITA


Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa (diperah jadi 4 cawan santan)
4 helai daun pandan (dikisar dgn sedikit air)
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara membuat:

Bancuh tepung dengan air, gula, air daun pandan dan air kapur sehingga sebati. Sementara itu, perahan santan pula dicampur dengan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. Kemudian, tepung yg diadun tadi dimasak dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan lagi sedap.
Santan yg diadun tadi pula dimasak dan kacau sehingga pekat. Angkat santan apabila telah pekat dan likat, kemudian curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.

Resipi paling senang nak wat...selamat mencube sempena bulan pose ni..hehhee...