Friday, October 31, 2008

RESIPI AYAM PANDAN


Bahan-bahan ( bergantung pd berapa ketul ayam )

1) Ayam
2) Air pandan(blender daun pandan ambik airnya)
3) Bwg putih(ditumbuk)
4) Halia(ditumbuk)
5) Serbuk cili
6) Serbuk ketumbar
7) Serbuk jintan manis
8) Serbuk jintan putih
9) Sdkt gula
10) Sdkt garam

Cara-cara

*Perap ayam dgn bahan2 tersebut..lagi lama2 lagi sedap
*Goreng hingga garing

resipi disumbangkan oleh : Kak Jai

Wednesday, October 29, 2008

RECIPE DAGING MASAK HITAM


Bahan-bahan :

600 g daging tanpa tulang
rempah basah masak hitam
1 bungkus kecil rempah tumis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
gula
perasa ajinomoto
minyak masak
1 1/2 cawan air
3 sudu besar cili boh (ikut selera masing2 nak pedas ke x)
Bahan kisar:

1 labu kecil bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang serai
2 cm halia

Cara membuat:

Potong daging sederhana kecil, cuci bersih dan rebus terlebih dahulu hingga mendidih.Toskan.. Buang air rebusan. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg dikisar bersama cili boh, rempah tumis dan rempah masak hitam hingga naik bau wangi. masukkan 1/2 cawan air. Masukkan daging yang di rebus tadi dan gaul-gaulkan. Perlahankan api. kemudian, masukkan kicap masin, kicap pekat, gula dan perasa.(kalau kurang masin, tambahkan lagi kicap masin.). masukkan air sekali lagi jika kekurangan air. Gaul sebati. Masak sehingga daging benar2 empuk. tambah air jika terlalu kering. (JANGAN TERLEBIH AIR. BUAT MACAM MASAK RENDANG.)

Tuesday, October 28, 2008

RECIPE MEE HAILAM


Bahan-bahan: ( 6 orang )

500 g mee kuning
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4
1 cawan taugeh (optional)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos abalone*
1/2 camca teh minyak bijan*
(*gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang. Dalam periuk atau kuali, tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2). Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Tuesday, October 21, 2008

RECIPE IKAN SIAKAP KUKUS



Bahan-bahan: ( 5 - 6 orang )

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*

Cara Membuat:

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. Dalam satu bekas yang lain, satukan kesemua bahan sos (yang bertanda *) dan gaul hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Monday, October 20, 2008

RECIPE AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan: ( 4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar:

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias:

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang pis secukupnya

Cara-cara:

Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam serta kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

RECIPE ASAM PEDAS IKAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan (apa2 ikan, ikut selera..tp paling best ikan pari)
4 ulas bawang merah-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2cm kunyit hidup-ditumbuk
1 btg serai dititik
daun kesum
1 bunga kantan-dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
1 1/2 mangkuk kecil air biasa
garam dan gula (ikut rasa)
minyak masak
sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)
Kacang bendi
Buah tomato- dibelah 4

Cara-cara:

Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
Kemudian masukkan bunga kantan, kacau dan masukkan air. Masukkan pula daun kesum. Biar mendidih. Masukkan ikan, kacang bendi, garam dan gula. Biar hingga ikan masak dan akhir sekali masukkan tomato.

masak asam pedas ni kalau kuah pekat lagi sedap...pastu pedas..wahh....kompem makan nasi nak bertambah..

RECIPE NASI TOMATO


Bahan-bahan: ( 4 orang )

2 cawan beras (terpulangle kowang nak jenis ape beras tu)
2 biji tomato-potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
bawang goreng dan kacang pis (sebagai hiasan)

Bahan tumis:

2 sudu mentega/ minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

Cara membuat:

Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam. Kemudian masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng. Sedap dimakan bila bersama ayam masak merah atau kari...

Friday, October 17, 2008

RECIPE MEE BANDUNG


Bahan-bahan ( 4 orang ) :

500g udang kering segar
cili kering atau cili giling
gula pasir
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
mee kuning 1 peket
sotong basah
4 biji telur ayam (ikut bilangan orang yang hendak makan)
Sawi
5 keping tauhu goreng
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu (ikut suka banyak mana)
Taugeh (celur)

Cara membuat:

Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili. Potong kecil sotong basah dan daging lembu. Hiris tauhu goreng nipis-nipis. Cuci mee kuning dan toskan. Potong sayur sawi dan tomato.

Untuk memasak perencah mee bandung:

Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) . Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok, bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.

Untuk memasak mee bandung:

Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi (jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih). Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
Makan semasa panas.


Thursday, October 16, 2008

GULAI LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS


Bahan-bahan:

1 biji nenas masak
2 keping ikan kurau masin
1 biji kelapa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inchi kunyi hidup
10 biji cili api

Cara memasak
1. Tumbuk bawang merah & putih dan kunyit hidup
2. Potong nenas mengikut kesukaan anda
3. Bersihkan ikan kurau
4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama santan cair
5. Masakkan selama lebih kurang 5 minit , masukkan pula santan pekat.
6. Masukkan sedikit gula dan garam.
7. Jika ikan terlalu masin tidak perlu tambah garam lagi ke dalam kuah.
8. Biarkan sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan.

sumbangan : lebai_kulup

RECIPE GULAI KAWAH ( DAGING / AYAM )


Bahan-bahan:

Bahan Tumis

*Bahagian A

halia - dimayang
bawang merah 5 ulas- dimayang
bawang putih 3 ulas- dimayang

*Bahagian B

buah pelaga 5 biji
sedikit cengkih
2 kulit kayu manis
2 bunga lawang
lima sudu besar cili boh

*Bahan C

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia ditumbuk
5 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan
sedikit sos tomato
1 keping asam keping
sedikit air
1 keping asam keping

*Bahan utama

1 ekor ayam @ 1kg Daging
1 biji kelapa diambil santan
garam secukup rasa
gula

Cara membuat:

Tumis Bahan A hingga naik bau, diikuti dengan Bahan B didalam kuali. Bahan C digaul sebati dan kemudian dimasukkan dan dimasak ke dalam periuk yang berasingan,. kemudian masukkan ayam, masak biar agak empuk, kemudian barulah dimasukkan santan. Apabila mendidih, masukkan bahan yang ditumis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Sudah siap!! Apalagi....hidang dan makan.... SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

sumbangan : lebai_kulup

Wednesday, October 15, 2008

RECIPE DAGING MASAK DALCA


Bahan-bahan:

600 gm daging lembu - dipotong kecil
100 gm kacang dal - direndam semalaman
100 ml minyak masak
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan dadih
2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji terung bulat (dibelah 4)
2 biji tomato (dibelah 4)
1 batang lobak merah - dipotong serong 1 cm
kacang panjang
2 batang buah murungai - dipotong 4 cm
4 biji cili hijau - dibelah 4, jangan putus
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
750 ml santan cair - dari 1 biji kelapa
Garam secukupnya

Bahan (A):

Dihiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5 cm halia
1 tangkai daun kari
5 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Dikisar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Membuatnya:

Rebus kacang dal dan daging berasingan hingga lembut. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) hingga berbau. Masukkan rempah kari, garam masala dan lada hitam. Kacau hingga keluar minyak. Tuangkan santan dan dadih. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan daging, ubi kentang, lobak merah, murungai dan terung. Masak hingga kuah mendidih dan sayur-sayuran empuk. Tambah garam dan jus limau secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Apabila mendidih tutupkan api.

RECIPE LEMON CHICKEN


Bahan-Bahan:

400 gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah 1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat
sos lemon

Cara Membuat:

Dalam satu mangkuk satukan kesemua bahan-bahan diatas. Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah diperap dengan halia. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana. Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya. Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

RECIPE AYAM MASAK KURMA


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 biji kentang [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
minyak
garam
kulit kayu manis
bunga lawang

Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau rata dan biarkan naik minyak. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Setelah itu, masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat.Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelah dan biarkan sehingga pekat. Hidangkan dengan nasi atau roti.