Wednesday, December 17, 2008

RECIPE RENDANG PEDAS AYAM PERAK



Bahan-bahan:

1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300 ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara memasak:

Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi ayam tadi. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati. Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Friday, December 5, 2008

RECIPE ROTI ITALI

Bahan-bahan:
250 g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
150 ml air suam
25 ml olive oil
******
tepung
olive oil
garam

Cara membuat:

Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa. Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin. Canai dibiar jadi 25x35 cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat. Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya. Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.

sedap dimakan dengan garlic butter..

Thursday, December 4, 2008

RECIPE BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

80 g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
40 g butter
200 g
cream cheese
30 g gula halus
1 biji kulit lemon
4 sudu kecil madu
60 g plain yogurt
70 g fresh milk
12 g gelatin - cairkan dengan 3 sb air suam
125 g fresh cream
1 biji jus lemon
6 sudu besar jem blueberry
70 g blueberry fruit

Cara membuat:
1) Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.



2) Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.



3) Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.

4) Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.

5) Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.

6) Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.

7) Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.



8) Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.


9) Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.



10) Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya. Simpan dalam peti ais sehingga beku.


RECIPE KEK BATIK BISKUT MARIE


Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 sudu teh serbuk kopi
1 cawan air panas
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat (bukan susu cair)
250 g mentega
1 1/2 paket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
1 1/2 cawan nestum

Cara membuat:

Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api. Masukkan serbuk koko, milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati. Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih. Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut marie menjadi kepingan besar. Masukkan biskut marie ke dlm campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah. Lapik tin dengan plastic (clingfilm) dan masukkan campuran tadi kedalamnya. Mampatkan dengan sudu. Letakkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan

RECIPE BANANA MUFFIN


Bahan-bahan:

(6 biji)

** Bahan kering
250 g tepung gandum (diayak)
250 g pisang (yang dah masak & dilenyek)
160 g gula perang lembut
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam

** Bahan basah
175 ml minyak masak
175 ml susu cair
1 biji telur

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan kering ke dalam bekas adunan. Campurkan pula kesemua bahan basah ke dalam bekas yang berlainan. Pukul telur bersama minyak & susu cair hingga sebati.
Selepas itu, tuangkan bahan basah ke bahan kering. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas muffin. (Jangan isi full sangat tau!!! half jer...) Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.

RECIPE PUDING ROTI MILO


Bahan-bahan:

30 gm agar-agar
6 cawan air
4 keping roti putih gardenia
1 cawan gula- ikut suka
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin (375ml) susu cair carnation/ideal
1 cawan milo/drinking coklate

Cara membuat:

Rebus agar2 bersama air hingga mendidih. Masukkan gula, susu pekat manis & susu cair. Setelah mendidih bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian lagi di campur dengan milo. Pastikan serbuk milo sebati. Susun roti yg telah dipotong ke dlm loyang dan tuangkan milo terlebih dahulu (tapis ya..) Tekan roti supaya menyerap milo. Setelah beberapa minit, tuangkan susu pula..curah mcm buat corak. Sedap di makan setelah di sejukkan..SeLaMaT mEnCuBa!!

Wednesday, December 3, 2008

RECIPE ASAM BATANG KELADI


Bahan-bahan:

150 g ikan pari masin, dipotong dan rendam 30 minit
5 batang keladi minyak
2 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
3 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cawan ikan bilis, direndam*
1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
Daun kesum
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.

RECIPE PUDING HORLICK


Bahan-bahan:

sebungkus agar2 yg besar
6 cwn air
1 cawan gula halus
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

Masukkan agar2 dan air dlm periuk. Biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih. Dlm mangkuk, pukul telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td. Setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. Kacau perlahan. Akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. Bila sudah masak, tuang di dalam acuan dan letak di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Tuesday, December 2, 2008

RECIPE LASAGNA

Bahan-bahan:

300 g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 peket Cheddar cheese (115g)
1-2 cawan susu
Sedikit garam untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara membuat:

Panaskan oven 180 darjah C. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. Sediakan sauce pan, panaskan. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi) Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut).

aku penggemar lasagna...ble dpt resipi ni,rase mcm nak wat la..huhuhuhu..

RECIPE COFFEE MOUSSE


Bahan-bahan:

1 biji telur putih
2 sudu besar coffee pekat (ikut kesukaan)
120 ml fresh cream
40 g gula
8 g gelatin
3/4 cawan air panas

Cara membuat:

Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air, kemudian kacau. Dalam mangkuk lain, campurkan 2 sudu besar instant coffee (atau ikut kepekatan yg disukai) dengan 3/4 cwn air panas dan gula, kemudian kacaukan. Selepas itu, masukkan gelatin tadi. Kacau sampai gelatin hancur. Alaskan campuran coffee tadi dengan mangkuk yg ada ketulan ais + air . Kacau sehingga menjadi agak pekat. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream sehingga pekat. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran cofee tadi sambil dikacau dengan perlahan. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga kembang. Masukkan telur ini ke dalam campuran tadi sambil dikacau dengan perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan di dalam peti ais selama 40 minit.

RECIPE AIS BATU CAMPUR (ABC) SPECIAL


Bahan-bahan:

2 gelas penuh ais kiub
1 cawan dadih apa2 perasa (cincang sedikit)
1/4 biji epal hijau (buang kulit dan dadu kecil)
2 sudu besar cendol
2 sudu besar kacang merah (dlm tin)
10 biji kacang gajus yang dipanggang
Air gula warna merah secukupnya
Air gula perang secukupnya
2 sudu jagung 'cream style'
Susu pekat manis secukupnya
aiskrim pelbagai perisa
ceri

Cara membuat:

Masukkan dadih, epal, kacang merah, cendol, kacang gajus dan jagung ke dalam mangkuk. Masukkan ais kiub dan sedikit air dalam blander.Kisar hingga halus. Tuangkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi. Siramkan ais ini dengan air gula merah dan perang serta susu pekat. hias dengan aiskrim dan ceri. Siap utk hidangan.

Monday, December 1, 2008

RECIPE MUSHROOM SOUP


Bahan-bahan:

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara membuat:

Potong ayam kecil2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak. Kemudian, masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.