Wednesday, August 6, 2008

RECIPE ACAR BUAH


Bahan-bahan:

1/3 ltr. minyak masak
1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
300 g bawang putih* - dihiris
300 g halia *- dihiris halus
1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
3-4 mangkuk air asam
garam
1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
1 cwn kerisik
6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll

Cara membuat:

Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing sehingga naik minyak, kemudian tmbh minyak jika perlu. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan pula kerisik, garam, gula dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan kesemua buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati dan masak terus diatas api yg kecil selama 1 1/2 hingga 2 jam lagi. Tahap ini acar hendaklah digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Acar buah ni sedap kalau mkn ngn nasi...selamat mencuba...

1 comment:

ne, my self, my life n my son said...

soorii aku wina from medan but i stayin pennang.. i really like acar buah...in penang i bisa beli dimana???