Monday, August 25, 2008

RECIPE KEK BUAH


Bahan-bahan:

Bahan A
500 gm Mix Fruits digaul dgn 2 sudu makan tepong gandum hingga rata

Bahan B
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 sudu makan Ovalett
5 biji telur
230 gm Top Flour
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu teh Orange Essence
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

Masukkan mentega, gula, essence dan ovalett bersama-sama. Pukul sampai kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian, pukul lagi hingga sebati. Satukan Top Flour dan Baking Powder yang diayak bersama, seterusnya masukkan sedikit demi sedikit pada adunan tadi. Akhir sekali masukan mix fruits dan gaul hingga rata. Siapkan acuan 9 inci bulat yang disapu mentega dan alas kertas, isikan adunan tadi. Panaskan oven dgn suhu 160 dan bakar kek selama 1 jam 1/2 atau hingga masak.


Kek buah mmg sedap....aku suke mkn kek ni....selalu gak buat...

Wednesday, August 6, 2008

RECIPE ACAR BUAH


Bahan-bahan:

1/3 ltr. minyak masak
1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
300 g bawang putih* - dihiris
300 g halia *- dihiris halus
1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
3-4 mangkuk air asam
garam
1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
1 cwn kerisik
6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll

Cara membuat:

Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing sehingga naik minyak, kemudian tmbh minyak jika perlu. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan pula kerisik, garam, gula dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan kesemua buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati dan masak terus diatas api yg kecil selama 1 1/2 hingga 2 jam lagi. Tahap ini acar hendaklah digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Acar buah ni sedap kalau mkn ngn nasi...selamat mencuba...